Friday, 17 April 2015

PETUA UNTUK CEPAT HAMIL

Tips dan Petua Cepat Mengandung




1.Fahamkan Dahulu Bagaimana Proses Kehamilan Berlaku

- Kehamilan bukan semudah yang anda sangka. Bukan bermakna anda berkahwin, anda memahami apakah kehamilan setelah melakukan hubungan intim. Ramai yang mengambil mudah akan perkara ini. Sekiranya anda mempunyai kitaran haid yang teratur, maka ovari anda menghasilkan telur (ovum) di pertengahan kitaran. Sekiranya berlaku hubungan kelamin, telur dari suami (sperma) akan berenang ke dalam uterus (rahim) dan akan berlaku persenyawaan disaluran peranakan. Maka, proses kehamilan akan berlaku. Di sini suami perlu peka bahawa sperma perlu dilepaskan didalam faraj isteri bagi meningkatkan kebarangkalian untuk isteri hamil lebih tinggi.





2.Berat Badan Unggul Memudahkan Kehamilan Untuk cepat hamil

- pastikan BMI anda berada di antara 20 hingga 24. Indeks ini akan memberikan peluang hamil yang lebih cerah. Bagaimana cara mengira BMI? Formulanya sangat mudah. Berat badan (unit kg) / Tinggi (unit meter) x Tinggi (unit meter) Misalnya berat anda 70kg dan tinggi anda 1.65m maka BMI anda adalah: 70 / 1.65 x 1.65 = 30.73 Seperti yang saya nyatakan tadi, pastikan BMI anda ideal.

Bagaimana untuk mengetahui BMI anda ideal atau tidak?Boleh rujuk skala BMI dibawah ya.



Saya suka menyarankan pelanggan untuk menurunkan berat badan ke tahap ideal iaitu normal dan healthy mengikut skala di atas bagi mengelakkan masalah kesuburan.


3. Bilakah Waktu Subur Anda? 

-Pengiraan waktu subur dengan tepat adalah perlu bagi mempercepatkan proses kehamilan. Hubungan kelamin yang berlaku diwaktu subur sememangnya meningkatkan potesi kehamilan berlaku. Waktu subur terjadi dia antara 4 sehingga 5 hari dalam satu kitaran haid wanita. Beruntung bagi anda yang mempunyai haid yang teratur kerana anda dapat menghitung waktu subur dengan tepat setiap bulan. Gunakan aplikasi yang serba canggih di telefon pintar anda untuk memastikan waktu subur anda dimanfaatkan sebaiknya!


Bagi anda yang ragu-ragu, kit ovulasi SERENDAH RM1/PCS ADA DIJUAL DISINI --> www.facebook.com/opkmurah  untuk anda pastikan waktu ovulasi dengan tepat.  Suami perlu memainkan peranan dalam hal ini seperti meluangkan lebih masa dengan isteri dan elakkan melakukan kerja luar semasa tempoh kesuburan isteri. Setiap pasangan perlu bekerjasama dalam menjayakan proses kehamilan.


4.Lakukan Hubungan Kelamin Bersama Pasangan Yang Sah Dengan Lebih Kerap Setelah anda mengetahui waktu subur dengan tepat, maka hubungan seks yang lebih kerap akan meningkatkan peluang untuk si isteri mengandung. Cadangan melakukan hubungan seks sehingga 3 hingga 4 kali seminggu boleh ditingkatkan kepada setiap hari pada waktu subur.





Pastikan posisi yang betul semasa hubungan kelamin kerana posisi ini bagus untuk menentukan penembusan pada tahap optimum dan sperma dilepaskan sepenuhnya didalam faraj isteri tanpa tertumpah. Salah satu cara yang dicadangkan oleh pakar adalah dengan meletakkan alas seperti bantal di bawah punggung isteri dan biarkan zakar suami berada di dalam faraj selama 10 hingga 15 minit selepas ejakulasi.



5. Gaya Hidup Sihat Pemangkin Kesuburan Suami Isteri Sentiasa amalkan kehidupan yang sihat tanpa pengaruh dadah, alkohol dan rokok. Ini semua akan memberikan kesan sangat negatif dan bagi anda yang mengandung, risiko keguguran amat tinggi. Pastikan setiap makanan anda ambil selamat dan tidak berbahaya. Pastikan anda bersenam dan kesihatan mental juga amat penting. Hindari kehidupan yang stress dan tekanan ditempat kerja adalah salah satu faktor lambat hamil. Stress akan menyebabkan hormon penghasilan telur tidak diaktifkan. Sekiranya semasa proses ovulasi, telur tidak berjaya dikeluarkan maka proses kehamilan sangat  sukar untuk berlaku dan sememangnya mustahil untuk berlaku..

sekian...

TERIMA KASIH SUDI BACA..
SEMOGA BERMANFAAT UTK SEMUA!!

**************

Jemput baca testimoni mengandung dgn CMD di sini --> www.ilyasharis.blogspot.com/2015/04/testimoni-mengandung-dgn-cmd.html


No comments:

Post a Comment