Friday 4 December 2015

HADIAHKAN PENDIDIKAN SEMPURNA UNTUK ANAK ANDA

Hadiah yang paling bernilai daripada ibu bapa kepada anak-anaknya ialah pendidikan yang sempurna. Sebab itulah kita boleh lihat ibu bapa bertungkus-lumus memastikan anak mereka mendapat pendidikan yang terbaik. Contoh paling mudah kita boleh lihat kelas tuisyen yang tumbuh seperti cendawan selepas hujan di Malaysia.

Namun tahukah anda berapa kos atau yuran pendidikan anak apabila mereka melanjutkan pelajaran ke universiti tempatan atau luar negara kelak? Semestinya saban tahun kos pendidikan terus meningkat seiring dengan keadaan ekonomi di Malaysia.

Tahukah anda berapa ramai anak muda lepasan universiti yang masih belum mempunyai pekerjaan tetapi terbeban dengan pinjaman pendidikan mereka? Sebelum bekerja lagi mereka sudah mempunyai hutang puluhan ribu ringgit dengan tabung PTPTN, ini sangat membebankan mereka kerana sebelum bekerja lagi mereka sudahpun mempunyai hutang.

Jika ada ibu bapa yang berkata, 'tabung pendidikan ialah tanggungjawab kerajaan buat apa aku mahu peduli? jika begitu jawapannya mengapa semasa anak kita ber-tuisyen dahulu duit kita juga yang kita keluarkan? Mengapa tidak minta dengan kerajaan?

Tidak dapat tidak sebagai ibu bapa kita perlu menyediakan satu tabung pendidikan yang baik untuk anak-anak. Tabung ini kelak boleh membantu mereka melanjutkan pelajaran tanpa perlu bergantung kepada pinjaman kerajaan atau biasiswa kerajaan. Sudah sampai masanya kita perlu tukar cara pemikiran kita supaya 'hadiah pendidikan yang sempurna' ini dapat kita jadikan sebagai hadiah paling bermakna untuk generasi kita.

Mulakan tabung pendidikan anak anda yang berumur antara satu hingga lima tahun dengan sumbangan sebannyak RM100 sebulan di Etiqa Takaful. Mulakan hari ini.

Whatsapp/ Call Encik Azlan di 011-11797445 atau terus ke FB beliau di AZLAN ISMAIL


No comments:

Post a Comment