Showing posts with label stevia. Show all posts
Showing posts with label stevia. Show all posts

Saturday, 14 August 2021

stevia offer rm18 sebotol 10ml

14/8-tgh offer rm18 sebotol 10ml
gula stevia
.
setitis utk secawan pun dah manis sgt tau!!
semanis senyuman awak..gitteww
.
wasap.my/601128771298
tq
#stevia #penggantigula #gula #diabetis

Sunday, 1 August 2021

Dapatkan stevia sweetener pengganti gula bandar jengka pahang

(Stevia Sweetener Pengganti Gula / Sugar Replacement)

Cara penggunaan Stevia Sweetener sebagai pengganti gula?

Stevia boleh digunakan sebagai pengganti gula dalam makanan dan minuman kegemaran anda. Setitis Stevia Sweetener adalah sama dengan kira-kira dua sudu teh gula.

Kepelbagaian penggunaan Stevia Extra Sweetener adalah dalam minuman kopi / teh/ minuman buah-buahan dan lain-lain.
industri pembuatan makanan diet sihat.
industri pembuatan kek/kuih.

Cara Pengunaan:
Hanya 1 -2 titis dalam minuman/makanan anda.
 
💐Khasiat Stevia💐

❤Membantu mengimbangi kandungan gula dalam badan
❤Membantu menurunkan kadar gula dalam darah
❤Membantu melawaskan pembuangan air kencing
❤Membantu meningkatkan tenaga dalam badan
❤Membantu sistem penghadaman makanan
❤Membantu mengawal berat badan (Obesiti)
❤Membantu mengurangkan masalah keradangan
❤Membantu mengawal tekanan darah
❤Membantu melicin dan memutihkan kulit serta awet muda
❤Membantu menyihatkan rambut dan anti kelumumur
❤Antibakteria yang membantu menghilangkan sakit gigi & mulut
❤Kesan anti oksidan boleh mengurangkan risiko kanser

💐Kelebihan Stevia💐

❤100% Ekstrak Semulajadi Daun Stevia 
berkualiti.
❤Mudah larut dalam air.
❤300 kaliganda lebih manis dari gula.
❤Tidak memudaratkan walaupun berlebihan.
❤Sangat sesuai digunakan dalam makanan 
dan minuman.
❤Tahan lama dan stabil.
❤Mudah disimpan.
❤Anti Bakteria dan serangga.
❤Mudah dibawa kemana-mana.
❤Sesuai untuk semua peringkat umur.
❤Tiada Bahan tiruan.

rm30 sebotol now offer RM18
pos rm8/13
wasap.my/601128771298
www.shopee.com.my/nora6683
tq #stevia #steviadrop #steviapahang

Thursday, 19 March 2015

ISYTIHAR PERANG PADA GULA

Mampukah kita mewartakan ‘perang’ terhadap gula seperti yang disarankan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)? Ya, saranan ini diberikan untuk membendung masalah obesiti yang semakin menjadi-jadi di seluruh dunia.

Walaupun dalam garis panduan WHO sebelum ini menyatakan pengambilan gula harian sepatutnya tidak melebihi 10 peratus daripada pengambilan jumlah keseluruhan tenaga harian, tetapi kini badan dunia itu menggalakkan supaya semua orang mencatu sehingga 50 peratus jumlah gula yang masuk ke dalam badan.
Had baru itu menetapkan pengambilan gula harian tidak melebihi lima peratus jumlah keseluruhan kalori harian atau 25 gram yang bersamaan dengan enam sudu teh gula sehari. Ia lebih rendah daripada jumlah gula dalam satu tin minuman berkarbonat yang biasanya mengandungi lebih kurang 10 sudu teh gula.
Kesan negatif gula pada kesihatan, semua orang sudah maklum. Malah, mungkin ada yang muak hendak membacanya. Persoalannya, bersediakah kita untuk memulakan ‘perang’ ini? Pengambilan gula dalam bentuk nyata mungkin tidak sukar untuk dikawal.

Contohnya kita boleh menyediakan minuman yang kurang manis ketika berada di rumah. Bagi yang menggunakan gula dalam masakan berlauk sebagai penyedap rasa, mungkin boleh secara perlahan-lahan ‘memansuhkan’ fungsi gula itu.

Antara gula ‘percuma’ yang membahayakan kesihatan itu termasuk gula pasir, fruktosa atau glukosa yang banyak dimasukkan ke dalam perusahaan makanan mahupun minuman. Ia juga merangkumi gula dalam madu dan jus buah. Bagaimanapun, dalam garis panduan baru itu tidak merujuk kepada gula dalam buah-buahan segar, sayur-sayuran dan susu kerana sehingga kini tiada bukti menunjukkan ia berbahaya.
Pada masa sama pengguna juga digesa untuk memberi perhatian kepada gula tersembunyi dalam makanan berproses yang dilihat tidak manis seperti sos cili atau tomato, tetapi biasanya mengandungi satu sudu teh gula dalam setiap satu sudu makan sos.

Dalam satu tinjauan ke atas pasar raya di Amerika Syarikat mendapati 80 peratus produk dijual mengandungi gula tambahan. Contohnya satu mangkuk saiz biasa bijirin sarapan pagi mengandungi empat sudu teh gula dan yogurt berperisa pula ada satu hingga dua sudu teh gula.

Jika anda makan bijirin sarapan pada waktu pagi, minum minuman berkarbonat sebelah siang dan yogurt berperisa selepas makan malam, bermakna anda sudah mengambil 15 sudu teh gula dalam sehari,” kata Francesco Branca, ketua di Jabatan Pembangunan dan Pemakanan Untuk Kesihatan WHO.
Badan kesihatan itu mula membangkitkan isu gula tambahan ini pada 1989 dan menyarankan supaya penduduk dunia mengurangkan pengambilan gula harian sedaya mungkin.

Kali ini ia memberikan saranan baru yang dikukuhkan dengan bukti saintifik bagi menggalakkan semua orang benar-benar mengawal pengambilan gula masing-masing selain menggesa kerajaan semua negara menjadikan saranan berkenaan sebagai satu polisi.

Bagaimanapun, sebagaimana laporan agensi berita AFP, banyak pihak melihat saranan baru ini amat sukar dicapai kerana kita perlu menghentikan makan kek, biskut, ais krim dan lain-lain minuman manis termasuk jus buah, kata Tom Sanders, pensyarah pemakanan dan dietetik di Kolej King, London.

Di seluruh dunia, pengambilan gula yang tertinggi dicatat di Amerika Selatan iaitu 130 gram sehari, lebih dua kali ganda daripada saranan WHO (50 gram), manakala negara Sub Sahara Afrika paling rendah sekitar 30 gram saja.

Di Eropah, pengambilan gula harian berbeza antara negara tujuh hingga lapan peratus di Norway dan Hungary, tetapi 16 hingga 17 peratus di Sepanyol dan Britain. Apa lebih membimbangkan ialah pengambilan ini tinggi dalam kalangan kanak-kanak iaitu 12 peratus di Denmark dan Sweden sementara kanak-kanak Portugal pula mencatat pengambilan hampir 25 peratus.

Memang diakui saranan baru ini amat baik khususnya dalam mengekang masalah kesihatan sejagat seperti obesiti, diabetes, sakit jantung dan lain-lain penyakit.
Dalam usaha membanteras obesiti sejagat, lebih 50 negara kini dikenal pasti memerlukan label pemakanan pada bungkusan yang lebih jelas dan Mexico negara yang paling teruk berhadapan dengan masalah berat badan rakyatnya sudah mengenakan cukai ke atas minuman manis.

#Langkah kecil

Dalam isu mengurangkan pengambilan gula ini, mungkin ada yang masih ingat kempen Kementerian Kesihatan pada 1998 yang dijalankan secara intensif. Semasa kempen ini, pelbagai aktiviti dijalankan termasuk memberi kesedaran kepada pengusaha gerai makanan dengan menggunakan slogan ‘1 Mencukupi, Kurang Lebih Baik’.
Berdasarkan Kajian Pengambilan Makanan dalam Kalangan Orang Dewasa Malaysia 2002/2003, orang dewasa di Malaysia menambah tujuh sudu teh sehari iaitu empat sudu teh gula pasir dan tiga sudu teh susu pekat manis ke dalam minuman mereka.

Jumlah gula ditambah ke dalam minuman ini saja sudah melebihi saranan WHO dan Panduan Diet Malaysia yang mencadangkan pengambilan jumlah gula sehari tidak melebihi 50 gram.
Gula adalah karbohidrat ringkas yang membekalkan sumber tenaga segera yang mudah diserap oleh tubuh. Secara semula jadi, gula boleh didapati dalam makanan mengandungi karbohidrat seperti nasi, mi, roti, pasta dan ubi-ubian. Gula juga terdapat dalam buah-buahan dalam bentuk fruktosa dan susu dalam bentuk laktosa.
Selain terdapat dalam bentuk semula jadi, gula juga ditambah ke dalam makanan ketika penyediaan atau pemprosesan. Pengambilan gula tambahan tidak diperlukan dalam diet harian kerana gula boleh diperoleh daripada makanan yang mengandungi karbohidrat.\

Pada label makanan, gula boleh disenaraikan sebagai sukrosa, fruktosa, sorbitol, manitol, sirap jagung, madu, malt, ekstrak malt, maltosa, ekstrak beras, molas, golden syrup dan inverted sugar .
Sebagai ibu bapa dan pengguna, sebenarnya kitalah yang bertanggungjawab dalam menjaga pemakanan keluarga khususnya anak-anak. Kita boleh menyahut saranan ini dengan membuat beberapa pengubahsuaian kecil dalam soal pemakanan keluarga.

Antara langkah yang boleh kita lakukan untuk mengurangkan pengambilan gula dalam keluarga ialah:
- Minumlah air kosong berbanding minuman manis seperti air berkarbonat, air sirap atau kordial.
- Hadkan pengambilan gula atau susu pekat manis atau susu isian pekat manis kepada satu sudu teh saja untuk setiap cawan minuman.
- Jika minum di restoran, minta untuk kurangkan gula, susu pekat manis atau susu isian pekat manis semasa memesan minuman.
- Periksa kandungan gula dalam label minuman sama ada minuman ringan atau jus buah-buahan.
- Kurangkan kekerapan mengambil minuman bergula seperti air berkarbonat, kordial, cendol dan air batu campur.
- Jangan masukkan gula ke dalam bancuhan susu formula anak.
- Ketika membeli barangan makanan, pilih yang dilabel ‘tiada gula tambahan, dikurangkan gula atau rendah gula’. Ia bermakna tiada gula tambahan dimasukkan ketika makanan diproses tetapi ia tetap ada kandungan gula contohnya daripada buah, susu atau madu.
- Kalau biasanya anda memberikan snek manis kepada si kecil, apa kata anda ubah kepada pilihan yang lebih sihat seperti makanan manis semula jadi (buah-buahan segar atau kering).
- Apabila anak menangis, jangan tawarkan gula-gula atau kudapan manis kepadanya.
- Jika anda sendiri mempunyai kecenderungan tinggi terhadap makanan manis, belajarlah mengawal keinginan anda. Ini kerana anda menjadi penentu kepada corak pemakanan keluarga.
Sebagai ganti, anda boleh membuat sendiri biskut kegemaran. Dengan cara ini anda boleh mengurangkan sehingga separuh daripada sukatan gula digunakan tanpa menjejaskan rasanya atau kerangupannya.
- Jika sebelum ini anda sering menghidangkan atau membekalkan sandwic berinti manis (disapu jem atau mentega kacang) untuk anak, apa kata selang-selikan ia dengan sandwic telur atau sardin. Masukkan juga parutan sayur-sayuran ke dalam inti sandwic bagi menjadikan ia pilihan lebih sihat dan seimbang.Tarikan aiskrim memang sukar untuk ditolak. 
-Jadi untuk menjadikan ia lebih sihat, masukkan hirisan buah-buahan ke dalam mangkuk aiskrim anda dan anak-anak. Ini adalah cara untuk mengurangkan jumlah aiskrim dan pada masa sama menambah pengambilan serat dalam diet. Hadkan pengambilan aiskrim ini kepada satu mangkuk kecil seorang, sekali seminggu.

SUMBER: http://www.hmetro.com.my/node/36183


Saturday, 14 March 2015

TENTANG GULA...


Apakah Gula?

  • Gula adalah karbohidrat ringkas yang membekalkan sumber tenaga segera yang mudah diserap oleh tubuh.
  • Secara semulajadi, gula boleh didapati dalam makanan yang mengandungi karbohidrat seperti nasi, mi, roti, pasta dan ubi-ubian. Gula juga terdapat dalam buah-buahan dalam bentuk fruktosa, dan susu dalam bentuk laktosa.
  • Selain terdapat dalam bentuk semulajadi, gula juga ditambah ke dalam makanan semasa penyediaan atau pemprosesan.
  • Pengambilan gula tambahan tidak diperlukan dalam diet harian kerana gula boleh diperoleh daripada makanan yang mengandungi karbohidrat.
  • Pada label makanan, gula boleh disenaraikan sebagai sukrosa (sucrose), fruktosa (fructose), sorbitol, manitol (mannitol), sirap jagung (corn syrup), madu (honey), malt, ekstrak malt (malt extract), maltosa (maltose), ekstrak beras (rice extract), molas (molasses) , golden syrup dan inverted sugar .
Apakah saranan pengambilan gula tambahan?
  • WHO (2003) menyarankan pengambilan gula tambahan tidak melebihi 10% daripada jumlah tenaga harian. Oleh itu, bagi orang dewasa, purata pengambilan gula tambahan yang disarankan adalah tidak melebihi 10 sudu teh sehari (50g).
  • Gula tambahan yang dimaksudkan adalah monosakarida dan dwisakarida yang ditambah ke dalam makanan dan minuman oleh pengilang-pengilang makanan dan gula yang ditambah semasa memasak dan menyedia makanan.
Apakah corak pengambilan gula di Malaysia?
  • Berdasarkan Kajian Pengambilan Makanan di Kalangan Orang Dewasa Malaysia 2002/2003, orang dewasa di Malaysia menambah 7 sudu teh sehari iaitu 4 sudu teh gula pasir dan 3 sudu teh  susu pekat manis ke dalam minuman mereka. Jumlah gula yang ditambah ke dalam minuman ini sahaja telah melebihi saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Panduan Diet Malaysia yang mencadangkan pengambilan jumlah gula sehari tidak melebihi 50g.
Apakah corak pengeluaran gula di Malaysia?
  • Data daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menunjukkan bahawa pengedaran gula di Malaysia semakin meningkat dari tahun ke tahun. Pengedaran gula domestik telah meningkat daripada 651,973.12 metrik tan pada tahun 2004 kepada 806,381.88 metrik tan pada tahun 2009. Sementara pengedaran gula industri pula telah meningkat daripada 306,895.34 metrik tan pada tahun 2004 kepada 474,801.16 metrik tan pada tahun 2009. Data ini menunjukkan bahawa pengambilan gula di kalangan rakyat Malaysia semakin meningkat dari tahun ke tahun. Ini mungkin disebabkan oleh harga gula yang murah.
Apakah kesan pengambilan gula secara berlebihan?
  • Pengambilan gula yang berlebihan boleh mengakibatkan pengambilan tenaga yang berlebihan.
  • Pengambilan tenaga harian yang berlebihan dalam jangkamasa yang panjang boleh meningkatkan berat badan dan menyebabkan obesiti. Keadaan ini akan menjadi lebih serius sekiranya diet harian adalah tinggi lemak dan kurangnya aktiviti fizikal yang dilakukan.
  • Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (National Health and Morbidity Survey, NHMS) III, 2006 mendapati 29.1% orang dewasa di Malaysia berlebihan berat badan mankala 14.0% pula obes. Ini telah menunjukkan peningkatan berbanding NHMS II, 1996 iaitu masing-masing 16.0% (berlebihan berat badan) dan 4.0% (obes).
  • Obesiti dan berlebihan berat badan meningkatkan risiko mendapat pelbagai jenis penyakit kronik seperti diabetes, darah tinggi dan sakit jantung.
  • Prevalen pesakit diabetes dalam kalangan penduduk yang berumur lebih daripada 30 tahun telah meningkat daripada 8.3% pada tahun 1996 (NHMS II) kepada 14.9% pada tahun 2006 (NHMS III).
  • Gula juga boleh dikaitkan dengan pembentukan karies gigi (dental caries). Data dari Kementerian Kesihatan menunjukkan kadar karies gigi di kalangan kanak-kanak berumur 5 tahun adalah 76.5% (2005) dan 80.9 % dalam kalangan kanak-kanak yang berumur 6 tahun (1997).
Apakah saranan Kementerian Kesihatan Malaysia dalam mengurangkan pengambilan makanan dan minuman kurang gula?
Saranan utama 1
  • Makan makanan yang rendah kandungan gula.
Cara untuk mencapai
  • Pilih atau sediakan kuih dan kek yang rendah kandungan gula.
  • Gantikan manisan seperti kuih dan kek dengan pilihan yang lebih sihat seperti buah-buahan.
  • Kurangkan kekerapan mengambil makanan yang bergula.
  • Elakkan mengambil makanan yang bergula di antara waktu makan utama dan sebelum tidur.
  • Semak kandungan gula pada senarai ramuan sesuatu produk makanan. Sekiranya gula tersenarai di bahagian awal senarai ramuan, ini menunjukkan gula merupakan komponen utama makanan tersebut.
Saranan Utama 2
  • Minum minuman yang rendah kandungan gula.
Cara untuk mencapai
  • Minumlah air kosong berbanding minuman manis seperti air berkarbonat atau air sirap dan kordial.
  • Hadkan pengambilan gula atau susu pekat manis atau susu isian pekat manis kepada 1 sudu teh sahaja untuk setiap cawan minuman.
  • Minta untuk kurangkan gula atau susu pekat manis atau susu isian pekat manis semasa memesan minuman.
  • Periksa kandungan gula dalam label minuman.
  • Kurangkan kekerapan mengambil minuman yang bergula seperti air berkarbonat,kordial, cendol dan air batu campur (ABC).
  • Elak mengambil minuman yang bergula di antara hidangan utama dan sebelum waktu tidur.
(Sumber: Panduan Diet Malaysia 2010)
Apakah kesan penjimatan gula kepada kesihatan?
  • Pengurangan penggunaan gula menjimatkan perbelanjaan dan boleh meningkatkan taraf kesihatan.
Kesan kepada kesihatan individu:
  • 1 sudu teh gula membekalkan 20 kilokalori. Sekiranya seseorang itu mengambil makanan dan minuman yang ditambah dengan 7 sudu teh gula sehari, jumlah pengambilan tenaga tambahan daripada gula adalah 140 kilokalori. Jika tidak digunakan, 140 kilokalori tenaga ini akan ditukarkan kepada 20 gram lemak. Jika pengambilan gula ini berterusan setiap hari dan tenaga yang dihasil tidak digunakan untuk tempoh sebulan, akan terkumpul 600 gram lemak. Jika pengumpulan lemak ini berterusan selama 1 tahun, akan terkumpul 7.2 kilogram lemak berlebihan dalam badan!. Ini belum ditambah dengan pengumpulan lemak daripada makanan yang berminyak, bersantan dan berlemak yang diambil setiap hari.
  • Untuk membakar 140 kilokalori yang diperolehi daripada 7 sudu teh gula tambahan, seseorang itu perlu berjoging atau berjalan menaiki bukit selama 20 minit, senamrobik selama 30 minit, berbasikal selama 40 minit atau melakukan kerja-kerja rumah yang biasa seperti menyapu sampah, membasuh, memasak dan mengemas selama 1 jam.
  • Sekiranya seseorang itu mengurangkan pengambilan gula tambahan kepada 3 sudu teh gula sehari (iaitu 1 sudu teh gula bagi setiap cawan minuman dan diambil 3 kali sehari), beliau telah dapat mengelakkan penambahan tenaga sebanyak 80 kilokalori sehari, 560 kilokalori seminggu atau 2240 kilokalori sebulan. Oleh itu, beliau dapat mengelakkan penambahan lemak sebanyak 300 gram sebulan, atau 600 gram dalam tempoh dua bulan atau 3.6 kilogram dalam tempoh setahun.
Kesan ekonomi kepada pengendali makanan
  • Berat 1 sudu teh gula adalah 5 gram. Oleh itu, 1 kilogram gula adalah bersamaan dengan 200 sudu teh gula.
  • Harga satu kilogram gula adalah RM1.65. Oleh itu, harga bagi 1 sudu teh gula adalah 0.8 sen atau 1 sen.
  • Sekiranya seorang pengendali makanan yang biasa menyediakan minuman menggunakan gula tambahan sebanyak 4 sudu teh bagi setiap cawan mengurangkannya kepada 1 sudu teh, beliau dapat menjimatkan perbelanjaan sebanyak 3 sen bagi setiap cawan minuman yang disediakan. Sekiranya beliau menyediakan minuman bergula kepada 500 orang pelanggan satu hari, beliau boleh menjimatkan perbelanjaan sebanyak RM15 (3 sen x 500 cawan) sehari, atau RM450 (RM15 x 30 hari) sebulan, dan RM5,400 (RM450 x 12 bulan) setahun!
Apakah usaha yang telah dilakukan oleh Kementerian Kesihatan bagi mendidik rakyat mengurangkan pengambilan gula?
  • Kementerian Kesihatan telah menjalankan beberapa inisiatif bagi mendidik rakyat supaya mengurangkan pengambilan gula. Ini termasuk melalui Kempen Cara Hidup Sihat, bermula pada tahun 1991. Kempen ini diterus dan diperkukuhkan sehingga kini melalui pelaksanaan Promosi Makan Secara Sihat (Healthy Eating Promotion).
  • Pada tahun 1998, Kempen Kurangkan Gula telah dijalankan secara intensif. Semasa kempen ini, pelbagai aktiviti telah dijalankan. Ini termasuk kempen yang disasarkan kepada gerai makanan dengan menggunakan slogan "1 Mencukupi, Kurang Lebih Baik"; rundingan dengan hotel, restoran, kantin, kedai kopi, pemegang francais dan katerer; serta penyebaran mesej kurangkan gula melalui risalah, poster dan iklan televisyen. Selain daripada itu perundingan dengan industri makanan turut dijalankan. Melalui perundingan ini, industri makanan telah bersetuju untuk mengurangkan kandungan gula dalam produk makanan dan minuman yang mereka keluarkan. Hasilnya, pada hari ini didapati semakin banyak produk yang kurang kandungan gula di pasaran. Usaha ini sedang diteruskan bagi memastikan peningkatan produk sebegini di pasaran.
  • Seiring dengan usaha ini, pelabelan makanan "rendah gula" (low sugar) dan "bebas gula" (sugar free) telah dibenarkan di bawah Peraturan-peraturan Makanan 1985. Mengikut Peraturan-peraturan ini, makanan "rendah gula" adalah makanan yang mengandungi gula tidak melebihi 5 gram per 100 gram atau 2.5 gram per 100 ml. Makanan "bebas gula" pula adalah makanan yang mengandungi gula tidak melebihi 0.5 gram per 100 gram atau 100 ml. Peraturan-peraturan Makanan 1985 juga mewajibkan pelabelan kandungan gula dalam minuman sedia diminum.
  • Pada tahun 2007, kempen media yang menumpukan kepada promosi makan secara sihat yang dikenali sebagai "5M" telah dijalankan. "Mengurangkan Gula" merupakan salah satu mesej yang disampaikan dalam kempen ini.
  • Usaha lain yang dilakukan oleh Kementerian Kesihatan termasuk menjalankan aktiviti pendidikan melalui media masa dan melalui beberapa setting seperti Pusat Maklumat Pemakanan dan Dapur Sihat Masyarakat yang terdapat di hampir semua negeri. Usaha juga dilakukan bagi mendidik kanak-kanak sekolah melalui program dan aktiviti yang dijalankan bersama Kementerian Pelajaran Malaysia termasuk melalui mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.
  • Mesej bagi mengurangkan pengambilan gula juga merupakan salah satu komponen utama di dalam Panduan Diet Malaysia.
  • Perkhidmatan runding cara pemakanan juga disediakan di klinik-klinik kesihatan bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran masyarakat tentang amalan makan secara sihat, termasuk mengurangkan pengambilan gula. Perkhidmatan terus kepada rakyat ini diberikan oleh Pegawai Zat Makanan. Sehingga Mac 2010, 51 jawatan Pegawai Zat telah diwujudkan di klinik-klinik kesihatan untuk tujuan ini. Perkhidmatan ini akan diperkukuhkan dengan menempatkan Pegawai Zat Makanan di semua klinik kesihatan.
Apakah tujuan kempen kurangkan gula 2010?
  • Kempen Kurangkan Gula 2010 merupakan usaha berterusan kerajaan untuk mendidik rakyat tentang kesan pengambilan gula yang berlebihan. Dalam masa yang sama, kempen ini bertujuan menggalakkan pengendali makanan dan industri makanan menyediakan makanan dan minuman yang rendah kandungan gula kepada pengguna. Ini penting bagi menyediakan persekitaran yang menggalakkan rakyat mempraktikkan amalan makan secara sihat.
  • Tujuan jangka panjang kempen ini adalah untuk melahirkan rakyat yang sihat dan sejahtera, supaya dapat menyumbang secara berkesan kepada pembangunan negara.

7 Langkah bijak mengurangkan gula

  • Minum air kosong bagi menggantikan minuman manis seperti air berkarbonat, air sirap dan kordial.
  • Hadkan gula, susu pekat manis, susu isian pekat manis dan krimer manis kepada 1 sudu teh sahaja untuk setiap cawan minuman.
  • Elak menambah gula dalam masakan. Sediakan kuih dan kek yang rendah kandungan gula.
  • Elakkan makanan dan minuman bergula di antara hidangan utama dan sebelum waktu tidur.
  • Makan buah sebagai pencuci mulut bagi menggantikan makanan bergula seperti kuih, kek dan bubur.
  • Baca label dan elakkan produk yang menyenaraikan gula di bahagian awal senarai ramuan.
  • Pilih produk berlabel "rendah gula" dan "bebas gula".
Rujukan
  • Panduan Diet Malaysia 1999. Jawatankuasa Penyelaras Makanan dan Pemakanan Kebangsaan, Kementerian Kesihatan Malaysia.
  • Recommended Nutrient Intake, 2005. National Coordinating Committee on Food and Nutrition, Ministry of Health Malaysia.
  • Strategy for the Prevention of Obesity Malaysia 2005.
  • National Healthy Morbidity Survey III, 2006. Ministry of Health Malaysia.
  • Malaysian Adult Nutrition Survey, 2002/2003. Ministry of Health Malaysia.
  • Food Balance Sheet, FAO 2008.
  • Panduan Diet Malaysia, 2010. Kumpulan Kerja Teknikal Panduan Diet Malaysia. Kementerian Kesihatan Malaysia.


*********************************

Jom sama2 bertukar kepada stevia --> http://ilyasharis.blogspot.com/2015/03/stevia-rcc-murah-di-jengkapahang.html
Insha Allah kita ikhtiar,Diajuga yg mengetahui segala2 nya..
amin..

jemput like www.facebook.com/steviajengka
utk order stevia boleh msg/wasap 019-9248 911

cod di kedai kami di alamat:

a6 kroma warna enterprise
arked mara jengka
26400 bandar jengka
pahang
019 9248 911
(bangunan mara berhadapan balai polis jengka,pahang)
yg jauh kami poskan via pos laju

terima kasih sudi baca
semoga bermanfaat..














Wednesday, 11 March 2015

Stevia Rcc murah di jengka,pahang

Assalamualaikum

masih ramai diantara kita yang tidak tahu apa itu Stevia yang amat terkenal digunakan sebagai pengganti gula. Stevia bukan hanya digunakan oleh orang yang sakit malahan orang yang sihat juga disarankan mengambil Stevia sebagai langkah berjaga-jaga dari penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi, lemah jantung dan sebagainya.






Antara Kelebihan Ekstrak Stevia:

-Mengimbangkan kandungan gula dalam badan.
-Meningkatkan kadar tenaga kepada tubuh badan.
-Melicin & memutihkan kulit serta awet muda
-Sebagai pemanis semulajadi sesuai untuk semua peringkat umur lelaki & wanita.
-Membantu menurunkan kadar gula dalam darah(sesuai untuk pesakit diabetis & Hypoglycemia)
-Membantu menurunkan tekanan darah.(untuk pesakit darah tinggi)
-Membantu sistem penghadaman badan.
-Membantu peminum yang mengalami masalah Isomnia
-Berupaya mengawal berat badan yang berlebihan.(Obesiti)

#Stevia boleh digunakan didalam minuman, makanan, kuih muih, bubur dan apa saja yang perlu manis.

Dinegara Jepun dan Brazil telah pun menggunakan Stevia secara besar-besaran dan ianya mendatangkan kesan yang amat baik terhadap rakyat negara tersebut.

=====================================

Pakej keahlian disediakan untuk mendapatkan harga yang murah dan menikmati manfaat yang lain. Diantaranya ialah

•Produk muslim
•Menjana pendapatan yang tinggi
•Keahlian seumur hidup
•Harga yang lebih rendah
•bonus point
•khairat kematian


HARGA STEVIA RCC

1botol stevia rcc rm50
exc postage
postage sm rm6
postage ss rm10

3botol stevia rcc rm120
postage sm rm6
postage ss rm10
free keahlian rcc global sdn bhd

next pembelian 2botol stevia rcc rm50 utk 2 botol
exc postage

pembayaran menggunakan maybank,cimb dan bsn

jom jana income dgn stevia rcc
berubahlah kepada kehidupan yang lebih sihat demi masa depan anda dan orang yang tersayang.



PM saya untuk maklumat lanjut
CALL | WHATSAPP 019-9248 911 (Ain Ismail)
COD ARKED MARA BANDAR JENGKA,PAHANG

***************************************

TESTIMONI STEVIA RCC




















OK,TERIMA KASIH SUDI BACA
TQ :)