Thursday 7 May 2015

TIPS UNTUK KECILKAN PEHA

TIPS UNTUK KECILKAN PEHA




loss 54kg dalam masa 5 bulan, jom BACA DISINI

****************************************


Sesetengah orang mengalami peha yang besar dan berisi dimana ia tidak seimbang dengat  berat seseorang individu. Hal ini bermaksud, mereka mengalami masalah untuk mendapatkan saiz peha yang ideal sesuai dengan berat mereka.

Oleh itu, seseorang individu yang mengalami masalah demikian akan mencari pelbagai alternatif untuk mengecilkan peha. Ia adalah penting untuk seseorang lebih tampak menarik dan boleh meningkatkan keyakinan diri dalam aspek penampilan. Masalah peha boleh diselesaikan iaitu mengecilkan peha melalui aktiviti senaman seperti berikut:

1) Senaman “Kerusi Bayangan”

Senaman ini dilakukan dengan menyandarkan diri pada dinding dalam keadaan berdiri tegak. Setelah itu, rehatkan tangan anda pada dinding dan turunkan badan secara perlahan-lahan.  Anda perlu turunkan badan anda sehingga kedudukan badan seperti anda tengah duduk. Setelah anda berkeadaan seperti duduk, anda harus bertahan sejauh mana yang anda boleh mengikiut kemampuan anda kemudian berdiri tegak kembali.

Biasanya, pada permulaan individu hanya boleh bertahan dalam masa beberapa saat sahaja. Anda harus pastikan badan anda tegak ketika berkeadaan seperti duduk. Anda perlu mencapai sekurang-kurangnya 10 saat pada peringkat permula dan cuba bertahan sehingga 1 minit setelah anda melakukannya beberapa kali. Anda digalakkan untuk melakukan senaman ini sebanyak 5 kali pada setiap hari.

-Nak kurus dgn resepi air detox berkesan jemput baca resepi AIR DETOX BERKESAN DISINI


2) Pusingan bulatan

Senaman seterusnya adalah dengan baring secara mengiring dengan sebelah tangan anda ke atas di mana anda berbaring berbatankan lengan anda. Seterusnya, letakkan sebelah tangan sebelah lagi di atas lantai di hadapan perut. Kemudian, angkat sebelah kaki anda ke atas setinggi yang boleh mengikut kemampuan anda. Tarik nafas anda kemudian pusingkan kaki mengikut pusingan jam. Setelah itu, gerakkan seluruh kaki tanpa menggerakkan bahagian pinggul dan buat pusingan jam sebanyak 5 kali. Ulang langkah yang sama menggunakan kaki sebelah lagi dan lakukan sehingga sebanyak 10 kali mengikut kemampuan anda.

3) Melakukan pergerakan Menggunting

Senaman jenis ini fokus kepada bahagian peha sebelah dalam seseorang individu. Ia merupakan senaman yang agak mudah untuk dilakukan di mana anda hanya perlu baring di lantau sambila kedua belan tangan berada di bahagian sisi. Seterusnya, angkat kedua belah kaki dalam posisi 45 darjah dan silangkan kaki anda menggunakan kaki kanan bersilang di atas kaki kiti. Setelah itu, tukar kaki bahagian sebelah pula. Ulang langkah tersebut sebanyak 12-15 kali untuk setiap set yang anda lakukan. Kesannya, anda akan merasakan tekanan di bahagian otot.

JOM SAMA2 KITA PRAKTIKKAN TIPS UNTUK KECILKAN PEHA INI..TQ :)

*******************************************************************


#INFO Kasut Tinggi

Kebanyakan wanita suka untuk memakai kasut tinggi namun ia sebenarnya memberi kesan kerana ia boleh membentuk otot pada bahagian otot betis dan juga peha. Oleh itu, anda haruslah tidak menggunakan kasut yang terlalu tinggi di mana ia melebihi 2 inci. Jika anda ingin memperolehi peha yang kecil, anda harus mengamalkannya iaitu tidak memakai kasut tinggi secara kerap.

No comments:

Post a Comment