Pengenalan
Migrain
merupakan salah satu sebab kepada sakit kepala yang berulang.
Kira-kira 1 daripada 4 wanita dan 1 daripada 12 lelaki mengidap
migrain pada suatu masa sepanjang hayat mereka. Biasanya migrain
bermula dari zaman kanak-kanak atau remaja, dan menjadi lebih ketara
pada zaman remaja. Umumnya migrain menjadi kurang kerap selepas umur
45-50 tahun, walaupun ada yang mungkin tidak hilang seumur hidup
mereka. Punca sebenar migrain masih tidak diketahui. Namun begitu,
peluang untuk seseorang mendapat migrain menjadi lebih tinggi jika
ahli keluarga terdekatnya juga mengidap migrain.
Migrain
secara umumnya boleh dibahagikan kepada 2 jenis yang utama :
- Migrain tanpa aura: pesakit mendapat sakit kepala tanpa aura (tanda amaran). Ini adalah 5 kali lebih kerap daripada migrain dengan aura.
- Migrain dengan aura: sakit kepala didahului dengan aura.
***************************************
jemput baca KHASIAT CMD DI SINI
*******************************
Gejala-gejala
A.
Sakit kepala
Sakit
kepala migrain biasanya terjadi pada sebelah kepala sahaja dan
biasanya digambarkan sebagai ‘berdenyut’. Kadang-kadang sakit
juga boleh dirasai pada kedua-dua belah kepala. Biasanya, kesakitan
bertambah secara perlahan-lahan, selepas itu ia beransur pulih dan
hilang sepenuhnya selepas 4-72 jam. Kesakitan migrain boleh berada
pada tahap sederhana atau sangat sakit. Pesakit mengadu mereka tidak
dapat meneruskan kerja atau aktiviti-aktiviti apabila diserang oleh
migrain. Serangan migrain mungkin jarang berlaku, contohnya sekali
dalam beberapa bulan, atau kadang-kadang lebih kerap contohnya
beberapa kali dalam seminggu.
Selain
itu, pesakit boleh merasa loya dan kadang-kadang muntah. Semasa
serangan migrain, kebanyakan pesakit tidak tahan dengan cahaya yang
terang atau bunyi yang kuat, dan mereka lebih selesa berbaring di
dalam bilik yang gelap sehingga sakit kepala hilang. Pergerakan
kepala juga mungkin menyebabkan kesakitan bertambah.
B.
Aura
Aura
bermaksud tanda-tanda amaran sebelum sakit kepala. Biasanya ia
berlaku selama 1-15 minit. Contoh-contoh aura ialah:
- Aura penglihatan (visual aura): contohnya kehilang sebahagian daripada penglihatan secara sementara, dan kelipan cahaya seperti garisan zig-zag yang merebak sebelum hilang sepenuhnya dari penglihatan
- Perasaan kebas pada bibir, muka dan tangan
- Masalah pertuturan
- Lain-lain: bau atau perasaan yang aneh, sedikit kekeliruan dalam pemikiran
Sebelum
setiap serangan, pesakit mungkin mengalami perubahan dalam perasaan
dan selera yang tidak begitu ketara. Perasaan ini bermula beberapa
jam atau beberapa hari sebelum sakit kepala yang sebenar. Ini diikuti
dengan aura, kemudian sakit kepala. Akhirnya sakit kepala hilang
secara beransur-ansur. Pada masa ini pesakit mungkin berasa letih,
senang marah, murung dan mungkin menghadapi masalah untuk menumpukan
perhatian.
C.
Faktor pencetus:
Migrain
mungkin berlaku lebih kerap jika adanya faktor pencetus :
- Makanan: alkohol, buah-buahan sitrus, kafein (kopi, teh), makanan yang mengandungi tyramine (keju, yogurt, kacang dan sebagainya)
- Persekitaran: merokok atau bilik yang berasap rokok, cahaya terang seperti skrin yang terang atau cahaya yang berkelipan dari rancangan televisyen, bunyi bising, dan bau yang kuat contohnya minyak wangi
- Psikologi:Kemurungan, cemas, marah, keletihan, tekanan dan sebagaimya. Sesetengah serangan sakit kepala tidak berlaku semasa pesakit mengalami tekanan, tetapi berlaku apabila pesakit berada dalam keadaan yang relaks, sepertimana yang dipanggil ‘migrainhujung minggu’ (weekend migraine)
- Ubat-ubatan: rawatan hormon, sesetengah ubat tidur dan ubat perancang keluarga.
- Lain-lain: haid, pertukaran masa tidur, putus haid
Namun
begitu kesan daripada faktor-faktor di atas mungkin tidak sama bagi
semua pesakit, contohnya untuk sesetengah pesakit serangan migrain
tidak menjadi lebih kerap walaupun mereka mengambil keju dan coklat.
Migrain
yang jarang berlaku
a.
Migrain semasa haid (Menstrual
migrain)
Migrain
yang hanya berlaku sekitar haid, tetapi tidak menyerang pada
masa-masa lain
b. Abdominal
migraine
Biasanya
berlaku pada kanak-kanak. Serangan adalah dalam bentuk sakit perut
selama beberapa jam tanpa sakit kepala
c. Ocular
migraine
Ia
menyebabkan kehilangan semua atau sebahagian daripada penglihatan
pada sebelah mata, atau kadang-kadang pergerakan mata yang tidak
normal.
d. Hemiplegic
migraine
Serangan
dalam bentuk sakit kepala dan lemah pada satu belah badan. Ia boleh
menyebabkan kekeliruan dengan angin ahmar (strok).
e. Basilar-type
migraine
Tanda-tandanya
termasuk sakit pada bahagian belakang kepala, dan aura yang luar
biasa contohnya menjadi buta secara sementara, imej berganda, pening
yang memusing, dengung, pertuturan yang tidak jelas dan pening
kepala.
Diagnosa
Seseorang
pesakit diputuskan sebagai mengidap migrain bedasarkan gejala-gejala
yang khas seperti di atas, setelah doktor berpuas hati daripada
pemeriksaaan fizikal bahawa pesakit tersebut tidak menunjukkan
tanda-tanda yang luar biasa. Tidak ada ujian yang khusus untuk
migrain. Kadang-kadang pesakit juga boleh mendapat sakit kepala yang
lain sebagai tambahan kepada sakit migrain. Doktor yang merawat
seharusnya bertanyakan semua tanda-tanda secara terperinci untuk
membuat diagnosa yang betul. Jika terdapat ketidakpastian,
ujian-ujian seperti pemeriksaan darah atau imbasan kepala (scan)
perlu dibuat untuk memastikan tiada punca sakit kepala yang lain.
***********************************
Jom tengok testimoni migrain beransur pulih dgn CMD - www.facebook.com/cmdpahang
NAK ORDER?
TQ SUDI BACA
SEMOGA BERMANFAAT...
No comments:
Post a Comment